Wednesday, 27 July 2011

kegembiraan dalam KEKECEWAAN.

Alhamdulillah,setelah 3 hari berjuang utk exam mid sem,akhirnya tepat jam 4.30 petang tadi,semuanya dah berakhir.Apa yang dah berlalu tu,kita serahkan kepada Allah s.w.t sbb hanya Allah yang Maha Mengetahui segala2nya..nk cerita sikit la pengalaman first time amik exam kat CFS IIUM ni,overall rasa agk pressure la bagi aku,terutama skali waktu exam PHYSICS td.Ya,Allah,hanya Allah sja yg tau betapa maha DAHSYATNYA soalan physics td.aku mcm dah bleh agak la nk dpt apa,failed tu dah konfirm2,mgkin dalam berbelas2 % ja..aku btoi2 xleh buat langsung.my mind went blank!blackout trus!aku redha ja la.kalau nk gmbarkan kekecewaan tu,aku rasa mcm nk bunuh diri pun ada,nak nangis sekuat hati pun ada.tp come on la,i have to be strong.walaupun hakikatnya sngt perit.smalam dah kecewa dgn MATHS,harini PHYSICS plak.rasa mcm dah xmau masuk kelas,malu dgn kwn2,malu dgn lecturer.hmm..dalam kekecewaan tu,terselit la jugak rasa senang,sbb EXAM is OVER!aku dah malas nk pikiaq,apa nk jadi pun jadilah..benda mmg dah bleh predict awai2.bila dah xdak kemahuan,n minat pun xdak,tp perasaan BENCI yang meluap2 mula menebal dalam diri,ni lah padahnya.sabar ja lah.aku kena bertahan utk sem ni ja.aku mmg dah nekad,kalau dibiaq lagi benda ni,takut endingnya aku kluaq u ja.so aku akan tukaq course,aku dah mmg xleh bwk dah course ni,smua sbb PHYSICS n MATHS la!I HATE THEM!seriously!hmm,smalam aku ada dgq satu lagu kat hanfon kwn aku ni..aku rasa mcm ada berkait dgn kehidupan aku ni.so kat sini aku nk kongsi sikit lirik lagu tu..layaannnn...harap dpt dijadikan pedoman dan teladan.insyaallah..



Nazrey Raihan feat Inteam-Kehidupan


Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

2 comments:

Anonymous said...

When the going gets tough, the tough gets going”

Agak sukar untuk saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Maksudnya lebih kurang, jika perjalanan hidup anda menjadi semakin sukar, anda sebenarnya sedang bergerak meninggalkan perkara yang sukar itu.

Contohnya, katakan anda sedang mengayuh basikal. Di hadapan anda ada satu kawasan berbukit. Apabila anda mengayuh menaiki bukit tersebut, kayuhan anda menjadi semakin sukar bukan? Namun anda tidak perlu risau kerana anda apabila anda teruskan kayuhan, anda akan melepasi kawasan berbukit itu dan�kayuhan anda akan menjadi semakin lancar selepas itu.

Sama seperti hidup anda. Anda tidak perlu terlalu risau jika anda hadapi kesukaran dalam hidup atau semasa�belajar sekarang ini. Ia semua akan berlalu dan anda akan jadi lebih senang dengan syarat… anda perlu teruskan perjalalanan anda…… :)

Kak Su. said...

ala..jgn lah sedih ye..kaksu yakin semuanya akan ok nanti...jgn sedih tau,hari ni balik perlis kan, Insyaallah kaksu doakan semuanya ok..satu je pesan kaksu, dah balik..jgn lupa dtng balik UIA ye, hehehe..take care urself. (baca petikan kat atas tu) *_*