alhamdulillah.dah dua hari dpt bergembira bersama keluarga tercinta.tiada kata yg mampu diucap,tp kupanjatkan seribu kesyukuran kepada allah s.w.t kerana dah bagi aku peluang ni.alhamdulillah..setiap detik dan saat ketika berada di rumah ni aku manfaatkan dgn sepenuhnya,bergelak tawa bersama,gembiranya rasa hati.esok kehidupan akan back to normal,1.00 tghhari smuanya akn kembali kepada my daily routine.aku akn bergerak pulang ke cfs,meninggalkan segelumit memori sementara ini,yg bagiku cukup bermakna.terubat kerinduan slama ini,walaupun cuma lagi sebulan aku akan pulang beraya lagi di kampung halaman.harini,puas berjalan di alor star,makan skali,indahnya nikmat ni,dpt bermesra bersama.aku sedikit terkilan sbb xdpt nk smbut puasa utk hari first dgn family,tp ku anggap smua ni dugaan hidup,yg akan lebih mendewasakan aku,insyaallah.sepanjang aku berada di rumah,aku dpt melihat setiap masa ibu dan abah sentiasa mengukir senyuman yg indah,walaupun jauh di sudut hati depa,aku dpt merasai keperitan hidup yg ditanggung,especially bila bulan ramadhan bakal menjelang tiba dua hari lagi.sbagai anak sulung,aku dpt rasa kesedihan yg ibu n abah tanggung,walaupun tidak sedikitpun depa tunjukkan di depan aku,sbb xmau aku bimbang.sejarah gelap dalam keluarga aku bermula sejak 4 tahun yg lepas,bilamana abah ditikam dari belakang oleh kwn sendiri,yg menyebabkan dia diisytiharkan MUFLIS.bayangkan aku yg waktu tu bakal mghdpi peperiksaan PMR,sejenak pernah berfikir utk menamatkan pengajian aku di mrsm pdrm kulim smata2 nk ringankan bebanan ibu dan abah.keadaan waktu tu,teramatlah menyedihkan,shggakan aku sendiri xdpt menerima hakikat yg abah terpaksa menjadi tukang sapu sampah dgn berbekalkan gaji rm600 sebulan.sjak dari tu,mmg aku akui,kehidupan kami sekeluarga menjadi smakin susah,sampailah detik aku menulis post ni.smuanya terpahat dalam memori aku,dimana aku xleh melupakan saat2 kereta ditarik oleh bank,rumah yg abah bina dgn hasill titik peluh dia bekerja terpaksa dirobohkan,abah n ibu terpaksa tebalkan muka nk pinjam kereta orang smata2 nk hantaq aku bljaq di mrsm taiping,tebalkan muka pinjam duit sana sini n mcm2 pengorbanan yg abah dan ibu buat,yg xmungkin dpt aku balas smpai mati,smata2 utk masa depan aku.aku sedih bila mengenangkan smua ni,mungkin aku hnya mampu menulis dalam blog ni,org dpt membaca,tp perasaan aku cuma allah ja yang tau.mgkin ada yg xkan percaya,tp ni lah hakikat kehidupan aku slama ni.aku bukanlah dilahirkan dalam golongan org berada,sepertimana kwn2 aku yg hidupnya mewah sentiasa,tp aku bersyukur sbb dikurniakan abah dan ibu yg penyayang,yang tabah dan sabar orgnya,walaupun dugaan dari allah s.w.t yg dtg bertimpa2 terhadap depa sukar digambarkan dgn kata2.ya-allah,aku berharap bulan ramadhan yg bakal menjelang tiba ni akan memberi sinar kebahagiaan dalam hidup ibu dan abah,kau limpahkan nikmat rezeki utk ibu dan abah,kau tabahkanlah hati mereka dalam menghadapi liku2 hidup yg semakin KEJAM ini,dan kau dekatlah mereka dgn barakah darimu ya-allah,agar mereka sentiasa tidak putus asa dari berdoa kepada mu ya-ALLAH..paling aku sedih skali,bila aku terdengaq ibu cakap duit abah tinggal rm140 smata2 dlm dompet,waktu aku kat rumah ni,aku dpt bayangkan mcmana betapa susahnya ibu abah slama pemergian aku ke uia ni,sbb slama 6 bulan aku bersma ibu abah lepas spm,barulah aku mengerti keperitan yg depa tnggung slama ni,dlm mebesaqkan aku dan adik2,n slama aku blajaq di mrsm taiping.bila aku tolong abah kat kedai,baru aku tau,penatnya abah dan ibu bermandi peluh utk aku dan adik2,walaupun pendapatan yg diperoleh cuma ibarat kais pagi makan pagi,kais petang mkn ptang.mgkin kwn2 aku tgk aku mcm hidup sntiasa mewah,tp terus terang aku katakan,aku ni bukanlah org berada,hidup aku dipenuhi dgn kesusahan.tp aku redha dgn takdir,mgkin allah sdg menguji ibu dan abah dgn sebesar2 ujian.aku cuma mendoakan ibu dan abah akan trus bersabar dan memohon kepadanya.KEADILAN AKAN TERBUKTI SUATU HARI NANTI,besabarlah ibu dan abah.along sentiasa mendoakan agar kes ni akan dpt keadilan yg sewajarnya dri mahkamah,mudah2han kehidupan kita akan kembali disinari cahaya kegembiraan,seperti dulu.along menginginkan keluarga kita seperti dulu,sntiasa ceria,tnpa ada masalah,tnpa melihat ibu dan abah menitiskan air mata kerana mengenangkan nasib hidup kita sekarang.kalau diikutkan hati,mau saja along kerja tolong ibu n abah di kedai,tp along sedaq,hnya pelajaran saja yg mampu mengubah sgalanya.along kena tunjukkan contoh yg terbaik utk adik2,sehingga depa pun dpt berjaya ke menara gading.insyaallah.anggaplah bahawa kita xpernah berhutang,lupakan saja smua tu,apalah sngt duit elaun along tu kalau nk dibandingkan dgn pengorbanan ibu abah slama ni nk besaqkan along dan adik2.seboleh2nya,along nk sngt tolong ibu dan abah,tp apakan daya,hanya tu yg termampu.along cuma xmau tgk ibu dan abah trus bersedih,along xsuka perasaan ni sntiasa menyelubungi diri along skali..along memahami setiap penderitaan yg ibu dan abah tanggung,ingatlah bahawa along xpernah berhenti mendoakan ibu dan abah,muda2han rezeki akan berpihak kepada kita lepas ni,insyaallah..IBU,ABAH,along berjanji yg along akan belajaq besungguh2,along akan ubah nasib keluarga kita.cuma along berharap ibu dan abah sentiasa merestui along,dan doakan kejayaan along disana..along berjanji,along akan balas jasa ibu abah,kasih sayang yg dilemparkan selama ni,yg xternilai dgn WANG RINGGIT.bersabarlah ibu dan abah,sesungguhnya ALLAH s.w.t SENTIASA BERSAMA KITA..insyaallah..along sayangkan ibu n abah..smoga ramadhan tahun ni memberi seribu satu makna buat kita semua.insyaallah..
My love,my life,my days,my night,my wealth,my prayers all for you ya-Allah.Guide me all the way to your Jannah ya-Allah:') Disebalik setiap penderitaan,akan hadirnya pelangi yg indah di penghujungnya,percayalah..
Sunday, 31 July 2011
despite all those smiles,i can feel the tears inside );
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 2:59:00 am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Insyaallah! ada jalannya *_*
along bersabarlah..
Post a Comment