alhamdulillah.dah dua hari dpt bergembira bersama keluarga tercinta.tiada kata yg mampu diucap,tp kupanjatkan seribu kesyukuran kepada allah s.w.t kerana dah bagi aku peluang ni.alhamdulillah..setiap detik dan saat ketika berada di rumah ni aku manfaatkan dgn sepenuhnya,bergelak tawa bersama,gembiranya rasa hati.esok kehidupan akan back to normal,1.00 tghhari smuanya akn kembali kepada my daily routine.aku akn bergerak pulang ke cfs,meninggalkan segelumit memori sementara ini,yg bagiku cukup bermakna.terubat kerinduan slama ini,walaupun cuma lagi sebulan aku akan pulang beraya lagi di kampung halaman.harini,puas berjalan di alor star,makan skali,indahnya nikmat ni,dpt bermesra bersama.aku sedikit terkilan sbb xdpt nk smbut puasa utk hari first dgn family,tp ku anggap smua ni dugaan hidup,yg akan lebih mendewasakan aku,insyaallah.sepanjang aku berada di rumah,aku dpt melihat setiap masa ibu dan abah sentiasa mengukir senyuman yg indah,walaupun jauh di sudut hati depa,aku dpt merasai keperitan hidup yg ditanggung,especially bila bulan ramadhan bakal menjelang tiba dua hari lagi.sbagai anak sulung,aku dpt rasa kesedihan yg ibu n abah tanggung,walaupun tidak sedikitpun depa tunjukkan di depan aku,sbb xmau aku bimbang.sejarah gelap dalam keluarga aku bermula sejak 4 tahun yg lepas,bilamana abah ditikam dari belakang oleh kwn sendiri,yg menyebabkan dia diisytiharkan MUFLIS.bayangkan aku yg waktu tu bakal mghdpi peperiksaan PMR,sejenak pernah berfikir utk menamatkan pengajian aku di mrsm pdrm kulim smata2 nk ringankan bebanan ibu dan abah.keadaan waktu tu,teramatlah menyedihkan,shggakan aku sendiri xdpt menerima hakikat yg abah terpaksa menjadi tukang sapu sampah dgn berbekalkan gaji rm600 sebulan.sjak dari tu,mmg aku akui,kehidupan kami sekeluarga menjadi smakin susah,sampailah detik aku menulis post ni.smuanya terpahat dalam memori aku,dimana aku xleh melupakan saat2 kereta ditarik oleh bank,rumah yg abah bina dgn hasill titik peluh dia bekerja terpaksa dirobohkan,abah n ibu terpaksa tebalkan muka nk pinjam kereta orang smata2 nk hantaq aku bljaq di mrsm taiping,tebalkan muka pinjam duit sana sini n mcm2 pengorbanan yg abah dan ibu buat,yg xmungkin dpt aku balas smpai mati,smata2 utk masa depan aku.aku sedih bila mengenangkan smua ni,mungkin aku hnya mampu menulis dalam blog ni,org dpt membaca,tp perasaan aku cuma allah ja yang tau.mgkin ada yg xkan percaya,tp ni lah hakikat kehidupan aku slama ni.aku bukanlah dilahirkan dalam golongan org berada,sepertimana kwn2 aku yg hidupnya mewah sentiasa,tp aku bersyukur sbb dikurniakan abah dan ibu yg penyayang,yang tabah dan sabar orgnya,walaupun dugaan dari allah s.w.t yg dtg bertimpa2 terhadap depa sukar digambarkan dgn kata2.ya-allah,aku berharap bulan ramadhan yg bakal menjelang tiba ni akan memberi sinar kebahagiaan dalam hidup ibu dan abah,kau limpahkan nikmat rezeki utk ibu dan abah,kau tabahkanlah hati mereka dalam menghadapi liku2 hidup yg semakin KEJAM ini,dan kau dekatlah mereka dgn barakah darimu ya-allah,agar mereka sentiasa tidak putus asa dari berdoa kepada mu ya-ALLAH..paling aku sedih skali,bila aku terdengaq ibu cakap duit abah tinggal rm140 smata2 dlm dompet,waktu aku kat rumah ni,aku dpt bayangkan mcmana betapa susahnya ibu abah slama pemergian aku ke uia ni,sbb slama 6 bulan aku bersma ibu abah lepas spm,barulah aku mengerti keperitan yg depa tnggung slama ni,dlm mebesaqkan aku dan adik2,n slama aku blajaq di mrsm taiping.bila aku tolong abah kat kedai,baru aku tau,penatnya abah dan ibu bermandi peluh utk aku dan adik2,walaupun pendapatan yg diperoleh cuma ibarat kais pagi makan pagi,kais petang mkn ptang.mgkin kwn2 aku tgk aku mcm hidup sntiasa mewah,tp terus terang aku katakan,aku ni bukanlah org berada,hidup aku dipenuhi dgn kesusahan.tp aku redha dgn takdir,mgkin allah sdg menguji ibu dan abah dgn sebesar2 ujian.aku cuma mendoakan ibu dan abah akan trus bersabar dan memohon kepadanya.KEADILAN AKAN TERBUKTI SUATU HARI NANTI,besabarlah ibu dan abah.along sentiasa mendoakan agar kes ni akan dpt keadilan yg sewajarnya dri mahkamah,mudah2han kehidupan kita akan kembali disinari cahaya kegembiraan,seperti dulu.along menginginkan keluarga kita seperti dulu,sntiasa ceria,tnpa ada masalah,tnpa melihat ibu dan abah menitiskan air mata kerana mengenangkan nasib hidup kita sekarang.kalau diikutkan hati,mau saja along kerja tolong ibu n abah di kedai,tp along sedaq,hnya pelajaran saja yg mampu mengubah sgalanya.along kena tunjukkan contoh yg terbaik utk adik2,sehingga depa pun dpt berjaya ke menara gading.insyaallah.anggaplah bahawa kita xpernah berhutang,lupakan saja smua tu,apalah sngt duit elaun along tu kalau nk dibandingkan dgn pengorbanan ibu abah slama ni nk besaqkan along dan adik2.seboleh2nya,along nk sngt tolong ibu dan abah,tp apakan daya,hanya tu yg termampu.along cuma xmau tgk ibu dan abah trus bersedih,along xsuka perasaan ni sntiasa menyelubungi diri along skali..along memahami setiap penderitaan yg ibu dan abah tanggung,ingatlah bahawa along xpernah berhenti mendoakan ibu dan abah,muda2han rezeki akan berpihak kepada kita lepas ni,insyaallah..IBU,ABAH,along berjanji yg along akan belajaq besungguh2,along akan ubah nasib keluarga kita.cuma along berharap ibu dan abah sentiasa merestui along,dan doakan kejayaan along disana..along berjanji,along akan balas jasa ibu abah,kasih sayang yg dilemparkan selama ni,yg xternilai dgn WANG RINGGIT.bersabarlah ibu dan abah,sesungguhnya ALLAH s.w.t SENTIASA BERSAMA KITA..insyaallah..along sayangkan ibu n abah..smoga ramadhan tahun ni memberi seribu satu makna buat kita semua.insyaallah..
My love,my life,my days,my night,my wealth,my prayers all for you ya-Allah.Guide me all the way to your Jannah ya-Allah:') Disebalik setiap penderitaan,akan hadirnya pelangi yg indah di penghujungnya,percayalah..
Sunday, 31 July 2011
despite all those smiles,i can feel the tears inside );
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 2:59:00 am 2 comments
Thursday, 28 July 2011
Alhamdulillah.All praises to Allah s.w.t (:
Alhamdulillah.skrng ni aku dah pun slamat berada dalam bas.bersyukur ke hadrat ilahi sbb allah s.w.t tlah bagi aku peluang utk pulang ke kampung halaman tercinta,berjumpa dgn keluarga tersayang.sbnqnya aku dah xlarat nak tipu ibu,sbb tiap2 hari ibu call,mcm mengharapkan aku utk balik rumah.rindu la tu agaknya,aku kan anak sulung.hehehe.mesti ibu abah smua terkejut tgk aku balik,aku nk buat suprise sebenaqnya.aku dah hampir cuak dah tadi takut xdak tiket,jauh aku mai dari uia smpai ke stesen bas shah alam.nasiblah ada tiket utk balik ke kangaq.alhamdulillah!aku teramatlah hepi skrg ni,xsabaq rasanya nk smpai ke rumah.maklumlah,dah dua bulan sjak aku masuk cfs,aku xpernah balik rumah lagi.pengalaman slama 5tahun belajaq di perantauan dah bnyk mendewasakan aku.im trying to be more independence after this,insyaallah.skrg jam dah pukul 10.15 malam.mgkin smpai kangaq around 3 pagi kot.mata pun dah ngantuk,stgi layan movie sat pastu tidoq.hehe.alhamdulillah skali lagi.doakan aku selamat pulang ke kampung halaman.insyaallah ada jalannya! (:
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 10:16:00 pm 1 comments
Hipokrit tu suatu benda yang ABSTRAK..
Kdg2,aku xfaham dgn perangai manusia dan org disekeliling aku..ramai yg sbnarnya cuma bertopengkan perwatakan yang baik,tp diri sebenaq depa adalah sebaliknya..to be honest,aku xsuka dikelilingi org mcm ni.dalam erti kata lain,orang yang BAJET BAIK.bagi aku,xdak maknanya nk berpura2 baik kalau dah tau diri sendiri tu pun 2x5 ja.sebelum nk teguq org lain,refleks diri sendiri dulu,adakah diri kita dah cukup sempurna utk meneguq org lain,sdgkan kita sendiri pun xperbetoikan diri kita lagi.please la,get OUT from my life.secara jujurnya,we should be nice to one another,tp berpada2 la,jgn terlalu nmpk yg kita berpura2,sdgkan pada hakikatnya kita adalah seorang yg HIPOKRIT.kita p hujung dunia pun,kitaran alam ni tetap sama.tolonglah.hindari sifat hipokrit ni sbb akhirnya nnti akan makan diri kita jugak.smoga Allah s.w.t jauhkan diri aku dan sahabat2ku dari sifat mazmumah ni.Insya-Allah..please JUST BE YOURSELF,show your TRUE COLOURS.hmm,cukup pasai hipokrit.fullstop.As EXPECTED,i FAILED my ARABIC examination.tiba2 terasa sedih sngt2.nak kata xstudy,aku study,tp result ttp hampeh.belum reda lagi dgn perasaan frust dek sbb physics n math,dah dtg lagi satu kesedihan.ntahlah,aku sendiri pun xfhm pasai pa hidup aku ni asyik dipenuhi dgn episod SEDIH.kdg2 happy,tp kebanyakannya kisah hidup yang sedih.aku sendiri pun rasa sedih dgn diri aku.rasa mcm dah gagal to live my life to the fullest.frankly talking,aku rasa mcm dah xmau blajaq,putus asa,lemah smangat,smua ada..aku rasa aku paling truk dalam kelas kot.mgkin aku btoi2 dah xleh concentrate sbb terlalu memikirkan tentang physics,math,arab.hmm,i hate myself right now.aku bukan lagi naqib yg dulu,yang mana kalau dulu aku rasa TENSION,STRESS,aku akan jadi eager,berkobar2 nak study,and at last i manage to get flying colours result.alhamdulillah.it was just a history.zaman kegemilangan tu smua dah lesap.skrg ni mcm dah bermula zaman kejatuhan bagi aku.i have no strength at all to face all this.mungkinkah diri aku dah semakin jauh dari ALLAH s.w.t?mungkinkah nikmat yg Allah berikan dah mula ditarik sikit demi sikit?mana hilang semangat aku yg dulu?aku nk jd naqib yang dulu.ya-allah,guide me to the truth path.. );
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 12:19:00 pm 1 comments
Wednesday, 27 July 2011
kegembiraan dalam KEKECEWAAN.
Alhamdulillah,setelah 3 hari berjuang utk exam mid sem,akhirnya tepat jam 4.30 petang tadi,semuanya dah berakhir.Apa yang dah berlalu tu,kita serahkan kepada Allah s.w.t sbb hanya Allah yang Maha Mengetahui segala2nya..nk cerita sikit la pengalaman first time amik exam kat CFS IIUM ni,overall rasa agk pressure la bagi aku,terutama skali waktu exam PHYSICS td.Ya,Allah,hanya Allah sja yg tau betapa maha DAHSYATNYA soalan physics td.aku mcm dah bleh agak la nk dpt apa,failed tu dah konfirm2,mgkin dalam berbelas2 % ja..aku btoi2 xleh buat langsung.my mind went blank!blackout trus!aku redha ja la.kalau nk gmbarkan kekecewaan tu,aku rasa mcm nk bunuh diri pun ada,nak nangis sekuat hati pun ada.tp come on la,i have to be strong.walaupun hakikatnya sngt perit.smalam dah kecewa dgn MATHS,harini PHYSICS plak.rasa mcm dah xmau masuk kelas,malu dgn kwn2,malu dgn lecturer.hmm..dalam kekecewaan tu,terselit la jugak rasa senang,sbb EXAM is OVER!aku dah malas nk pikiaq,apa nk jadi pun jadilah..benda mmg dah bleh predict awai2.bila dah xdak kemahuan,n minat pun xdak,tp perasaan BENCI yang meluap2 mula menebal dalam diri,ni lah padahnya.sabar ja lah.aku kena bertahan utk sem ni ja.aku mmg dah nekad,kalau dibiaq lagi benda ni,takut endingnya aku kluaq u ja.so aku akan tukaq course,aku dah mmg xleh bwk dah course ni,smua sbb PHYSICS n MATHS la!I HATE THEM!seriously!hmm,smalam aku ada dgq satu lagu kat hanfon kwn aku ni..aku rasa mcm ada berkait dgn kehidupan aku ni.so kat sini aku nk kongsi sikit lirik lagu tu..layaannnn...harap dpt dijadikan pedoman dan teladan.insyaallah..
Nazrey Raihan feat Inteam-Kehidupan
Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..
Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..
Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 5:45:00 pm 2 comments
Sunday, 24 July 2011
please be patient naqib.just for the sake of your future..
dah xtau cmna nk manage my time wisely dah..bila ada mood nk study,tiba2 ja bleh bertukaq jadi xdak mood sbb kdg2 bila tgh study physics,tiba2 terpikiaq nk study arab,pastu bila study arab,terpikiaq lak nk study math..tau pasai apa?sbbnya smua subjek aku xfaham,tah apa yg aku faham pun aku sendiri xtau.snang ckp mmg kena struggle,walaupun dah tau mmg dah terlambat,just cuba setakat yg termampu ja lah..skarg ni aku rasa mcm dah nk redha ja,tp insyaallah selagi ada semangat ni yg sikit2 tu blehlah aku study lg..kdg2 terpikiaq jugak,kita study penat2 slama ni,adakah hanya utk keduniaan semata2?hanya utk mengejar pointer yg cemerlang?mencapai kejayaan yg gemilang agar semua org berbangga dgn kita??aku sntiasa memikirkan benda ni,sbb aku rasa mgkin niat sebenar tu dah lari daripada saranan islam yg sebenar..kita kena sntiasa ingat,walau seteruk manapun kita study,tp kalau niat xbetoi,xdpt keberkatan dri allah s.w.t,xmgkin kejayaan dpt kita kecapi..sbelum kita study tu,renungkan sejenak,adakah kita ni study dgn tujuan dan niat yg betoi,utk seimbangkan duniawi dan ukhrawi.kita kena sedaq,yg mmglah study tu penting,tp jgn terlalu taksub dalam mngejar kejayaan hidup sehinggakan kita lupa yg satu hari nnti kita akan kembali kepada yg esa,ALLAH s.w.t..perbetulkan niat kita kerana allah s.w.t,insyaallah kejayaan dunia akhirat menanti kita..mata dah mengantuk,otak pun dah xleh trima ilmu,so im gonna off to bed right now.setelah berusaha dgn bersungguh2,serahkan semuanya kepada ALLAH s.w.t..insyaallah ada jalannya.. (:
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 2:01:00 am 1 comments
Saturday, 23 July 2011
Maher Zain~Thank You Allah (:
"Kita mencintai, menyayangi dan menyukai Maher Zain kerana beliau mencintai Allah SWT dan Muhammad SAW"-credit to Akhi Fairuz (:
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 5:32:00 pm 1 comments
Friday, 22 July 2011
kerinduan mula terasa..
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 8:11:00 pm 0 comments
Thursday, 21 July 2011
3 Idiots (;
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 9:16:00 pm 1 comments
Wednesday, 20 July 2011
something that might be inspirable (:
OBSTACLE
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 1:18:00 am 1 comments
Monday, 18 July 2011
dunia baru (:
Assalamualaikum.Jam dah pun menunjukkan pukul 1.28 A.M..tapi mata ni masih lagi rasa segar.Xtaulah pasai apa.Mungkin sbb excited sngt kot nak start berBLOGGING.terasa diri ni macam terlalu free,sedangkan pada hakikatnya esok lah hari yg paling tension rasanya dalam seminggu ni,lecture MATH dan PHYSICS serentak.Mau berpinar jugak otak ni esok,kelas start kul 9.Sejak akhir2 ni,dah rasa mcm boring sngt dgn facebook,yg mana dulunya bleh la dikatakan mmg harus dan WAJIB online tiap2 hari.tp la ni,dah rasa xsemangat,bukan saja dalam berfacebook semata-mata,tp jugak dalam PELAJARAN.to be honest,sbb aku rasa mcm nk start berblogging ni bukan pasai apa,cuma aku rasa,melalui penulisan saja lah,mungkin,MUNGKIN
aku akan rasa tenang sikit.Hmm,xtaulah apa nak jadi dgn diri aku skrg,aku betul2 serabut dgn keadaan diri aku sekarang.aku betoi2 dalam dilema,dilema dalam menentukan apa yang terbaik utk masa depan aku.Kadang2 aku rasa,aku ni dah mcm tersalah pilih jalan hidup,yg mana mungkin akan merosakkan diri aku sendiri.menghitung hari untuk nk tempuh exam mid sem minggu depan,aku mula jadi risau.Ya-ALLAH,hanya Engkau yang mengerti apa perasaan aku di saat2 gentir ni,yg mana perasaan yg sama yg pernah aku lalui sepanjang perjalanan hidup aku selama ni..benda yg paling aku takut,bermain dengan NOMBOR,dalam istilah lain,MATHEMATICS dan PHYSICS.aku btoi2 serabut la ni,aku dalam dilema,adakah patut aku tukaq course,semata2 nak lari daripada physics n math??ntahlah,aku keliru.tu ja yg dpt aku kata buat masa skrg.aku harap ALLAH s.w.t akan bimbing aku utk buat keputusan terbaik.sampaikan masa skrg ni,dgq lagu MAHER ZAIN,brother kesayangan aku pun xmampu nk ubati perasaan gundah gulana dalam diri aku ni..aku btoi2 dah jadi xsmangat nk belajaq..aku kalau bleh xmau la nk habaq kat parents aku,aku xmau depa risau,sedangkan depa sendiri pun dah bnyk masalah..aku cuma nk jadi anak yg baik,aku xnak kecewakan depa lagi,sebagaimana aku kecewakan depa pada hari result SPM keluaq.aku xmau tgk depa sedih,walaupun
di mulut depa terukir senyuman,tp aku tau,jauh di lubuk hati depa,depa sedih.aku ni menjadi harapan keluarga,tp bila result kluaq,lain pulak jadinya.aku sendiri pun kecewa dgn diri aku.tp nak wat cmna,kita kena redha dgn ketentuan ilahi.mungkin ada hikmah disebalik semua ni..ok lah,aku dah mula mengantuk,walaupun still ada rasa excited nk tulis blog ni.haha.nntikan kisah hidup aku seterusnya.insyaallah aku akan cuba update bila aku free.WELCOME TO BLOGGER,NAQIB!(:
Coretan hidup oleh Amirul Naqib Bin Amirnuddin at 1:45:00 am 0 comments



