Sunday, 28 August 2011

i'll be missing u,RAMADHAN!

sayu rasanya hati bila terkenang balik khutbah jumaat smalam.tiba2 aku rasa sedih sngt sbb bulan posa dah smpai ke pnghujungnya.slalunya time2 mcm ni smua org dah mula rasa excited,al maklumlah,syawal bakal menjelma.tp bg aku,perasaan sedih tu tiba2 dtg.ntah pasaipa,aku rasa mcm aku ni xcukup amalan spanjang bulan ramadhan ni.smuanya yg aku azamkan xmnjadi.baik dari segi nk khatam quran,nk berubah ke arah kebaikan,tgglkan sgala benda yg xelok,n menjadi yg lebih baik,masih belum dpt aku smpurnakan ramadhan tahun ni.aku sedih,sbb ramadhan dh nk berlalu,tp dalam kesedihan tu,timbul rasa kesyukuran sbb dlm bulan ramadhan ni,alhamdulillah aku mendpt keberkatan dri allah s.w.t dlm mcm2 benda,n yg paling latest aku berjaya gugurkan subjek physics utk sem ni,alhamdulillah aku bersyukur sngt2 padamu ya-allah.skrg ni aku dah pun slamat smpai di rumah,bakal menyambut aidilfitri bersama keluarga tersayang.sesungguhnya aku insan biasa yg kadangkala alpa dalam menunaikan ibadat dan tanggungjawab sbagai seorang muslim,tp insyaallah,sedikit demi sedikit akn aku cuba utk menjadi muslim yg baik akhlak mahupun ibadahnya.insyaallah.sesungguhnya pasti aku akan merindui ramadhan,dan ku berharap ini bukanlah ramadhan yg terakhir,aku berharap agar dpt diberi peluang utk bertemunya lagi di masa hadapan.insyaallah..

Wednesday, 24 August 2011

goodbye PHYSICS!

ALHAMDULILLAH!hanya tu ja kata2 yg mampu aku ucapkan,bersyukur kehadrat ilahi sbb akhirnya doa aku dimakbulkan oleh allah s.w.t..thank you allah!no more worries after this,no more physics dah dlm hidup aku.mungkin nilah keberkatan bulan ramadhan tahun ni,alhamdulillah.so from now onwards,aku dah bertekad utk tumpukan spenuh perhatian aku dalam maths,hoping that i will pass the final examination with flying colours insyaallah.doakan aku eak kwn2.mood nk berhari raya dah smpai,rasa malas buat sementara wktu ni nk tgk buku,xsabaqnya nk balik!

Monday, 22 August 2011

miss them like crazy (;


Serius skrg ni aku rasa sngt rindukan klasmate aku kat taiping.i miss them damn much!lepas dpt jumpa roje n pullah haritu,i wonder bila la plak nk jmpa dgn yg lain.aku tramat la hepi time dpt jumpa roje n pullah haritu,lepak2 ngan depa kat um.dah lama sngt rasanya xjumpa,prasaan rindu tu sngt menebal.mgkin aku ja yg rindu depa,tp rindukah depa kat aku?hmm,aku harap sngt smua klasmate aku skrg berjaya mencapai apa yg depa nk dlm masa depan depa.hope kami smua saling mendoakan antara satu sama lain.insyaallah.rindu gila wei!rindu!
~naqib,roje,pullah,alan,apiz,emil,kn,syahmi,nasri,wafiy,wari,ziemah,tierah,alia,dayah,mama,ilma,hana,ellen,dalila,ziera,alin,wani,afirah~
408/508 in memories.WE LOVE EACH OTHER (;

Saturday, 20 August 2011

rindu..rindu dan rindu..

Sesungguhnya aku sangat merindui hampa semua.terima kasih sbb selalu hadir dalam hidup aku n banyak menceriakan hidup aku.smoga persahabatan ni berkekalan sampai ke akhir hayat.ikhlas dari hati aku,aku sangat MERINDUI dan MENYAYANGI hampa semua!
~roje,ali,man,lan,pullah,syafiq,syiro,farah,naqib~
True friends are like diamonds, precious and rare. False friends are like leaves, found everywhere.















Thursday, 18 August 2011

i close my eyes..and all i can do is just pray ):

di saat ni,aku cuma mampu berharap dan terus berdoa kepada Allah s.w.t..ya-allah,kau bantulah hambamu ini ya-allah..aku berharap agar permohonan aku utk mngugurkan subjek physics utk semester ni berjaya.i wonder,how it will turn out if it failed.my life is so miserable right now.oo ya-allah,i know you will always be there T_T

Wednesday, 17 August 2011

mashaallah..

fuhh..penatnya hari ni sehari suntuk berjalan dari pagi smpailah ke malam.start blah dari uia pukul 10 pagi n berakhir perjalanan pukul 8.30 mlm.penatkan?bukannya dpt terbang dgn penyapu sampah terbang harry potter pun,so mmg lah lenguh kaki ni.tp alhamdulillah la objektif kluaq harini tercapai la jugak,SHOPPING utk raya.xdak la shopping sngt pun,just beli baju 2helai n jeans sehelai.cukuplah tu,bersyukur dgn nikmat yg allah bagi tu.duit pun cukup2 utk makan ja.bila beli2 baju td,teringat kat adik2 di rumah.depa dah dpt baju raya ka?hmm,kalaulah aku ada duit lebih,tp apakan daya..sedih jugak xdpt beli utk adik2 sama,harap2 adalah rezeki utk raya tahun ni utk kami sekeluarga..hmm,bila dh besaq panjang mcm ni,seriously raya pun dah xfeel langsung,xsama mcm zaman budak2.oh!rindu gila zmn budak2!otak xserabut dgn bebanan masalah,hidup mcm burung yg terbang bebas.teramatlah indah zaman tersebut.ok,td jalan2 kat SOGO,org pack mcm ikan bilis!ramai gila!dah la sale gila2,tp memadailah beli yg termampu ja..K.L mmg harini sesak,mgkin la sbb cuti nuzul quran,smua org amik chance ni nk shopping siap2.lepas ni konfirm la lagi sesak.ok,cukup pasai shopping.masuk 2nd story.berkaitan la dgn tajuk entri kali ni rasanya.


Pagi tadi,rasa mcm sedih jugak la.mcm xlogik utk nk cita.tp ni blog aku,so suka hati la aku nk merapu apa pun kan.i have a bad dream this morning.sngt2 sedih,mgkin bagi aku la,tp org lain mesti xfeel papA,mcm aku feel.hmm,nk tau dak,aku mimpi MAHER ZAIN telah pergi meninggalkan dunia ni buat selama2nya.dalam erti kata lain,MENINGGAL DUNIA or mati.hmm,dalam mimpi tu aku ada kat sebuah hospital ni,tiba2 xsemena2 aku trnampak kelibat sorang brother yg sememangnya sngt aku kagumi,sapa lagi kan.brother ni terbaring ats katil hospital tu,mcm dah xsedaqkan diri dah.n then aku nampak doktor tgh ckp dgn sumone,bla bla bla..n nmpk last skali brother ni muka dia dah pun ditutup,n mata dah tertutup rapat dah.aku pun time tu mcm tergamam,n ntah cmna laptop ada skali time tu,trus online n post kat wall grup secret mzmfc only tntg berita sedih tu.smua dalam grup tu mcm seolah2 buat xheran ja,mcm nothing happen.bertambahlah kesedihan aku kan.pastu smuanya berakhir bila kwn aku kejutkan aku utk sahur.dan tanpa aku sedari,aiq mata mangalir.hmm,harap smuanya ok.mgkin aku trlalu mgkagumi atau dalam erti kata lain,rindu sngt kot kat bro maher,sama mcm geng2 mzmfc yg lain,smpai terbawak2 dalam mimpi.tp,mimpi buruk,bukan mimpi benda baik.hmm.ntahlah..



Sunday, 14 August 2011

penantian selama semalaman sehingga sahur!alhamdulillah! (:


    
THANK YOU SO MUCH BROTHER MAHER!KEEP SPREADING THE LOVE!


YA-ALLAH!BAJU KITA SAMA LA!HEHE.SEBIJIK.JENIS KAIN PUN SAMA.JENAMA SAMA KOT?HAHA (:

insyaallah ada jalannya (:

Such a beautiful du'a : I know you are there ALLAH s.w.t. I know you see my TEARS.I know you hear my PRAYERS.I know you are TESTING me.And all I ask from you is to strengthen my IMAN so I can handle the STRUGGLES in life and have PATIENCE.I LOVE you my lord.My ALLAH s.w.t..Please keep me safe.aminn.. (:

For The Rest Of My Life ( ;

KEHADIRAN MEREKA MENCERIAKAN KEHIDUPAN AKU (:





Pertama sekali,aku nk ucapkan ribuan trima kasih kat brother kesayangan aku,MAHER ZAIN.Dan seterusnya aku nk panjatkan seribu kesyukuran terhadap Allah s.w.t sebab telah mempertemukan aku dgn insan penyayang ni.terkadang aku berasa diri ni sngt bertuah,sbb sbnarnya hidup aku ni dikelilingi dengan byk sngt org yg amik berat tntang diri aku.Thank You Allah!di zaman aku masih kanak2 ribena,yakni di sekolah rendah,aku ada sorang kwn baik,nama dia Muhammad Zarrin.aku panggil dia oyen.kami mmg sngt rapat waktu skolah rendah,p mana mesti xpernah berenggang smpai ke penang nuh.n mak dia,yg mana aku panggil mimi seolah2 dah mcm mak angkat aku.dia anggap aku mcm anak dia.aku igt lagi,dulu dia bgi aku tuisyen english free,smart reader.sbb dia pengasas tuisyen tu kat perlis.n alhamdulillah smpai skrg aku masih xlost contact dgn mimi.dia juga bnyk amik berat pasai diri aku.n yg paling aku xleh lupa,bnyk keajaiban berlaku dalam tahun ni,2011.smuanya kerana MAHER ZAIN..ya,maher zain.kehidupan aku bnyk berubah lepas konsert maher februari lepas.aku xpernah menyangka yg aku akan bertemu dgn KAK SU NOOR,seorang insan yg cuma pertama kalinya ku kenal melalui laman sesawang sosial FACEBOOK.aku xprnah menyangka jugak lepas konsert tu,hubungan kami jadi serapat mcm skrg.kak su dah jadi mcm sebahagian dri keluarga aku,dah mcm kakak aku sendiri.aku bersyukur ya-allah..sesungguhnya xprnah aku mnyangka semua ni akan terjadi.aku mcm xpercaya pun ada,dah la knai dlm facebook,jumpa kat konsert,tp keakraban kami alhamdulillah smpai skrg,sehinggakan aku rasa syg kat kaksu n family dia.kaksu ni mmg sorang yg penyayang,sama mcm ibu ngan abah aku.dia bukan setakat amik berat pasai aku,tp adik2 aku jugak.skrg ni aku dah dekat dgn kaksu.kiranya aku duduk k.l ni xrisau sngt la,ad org nk jaga aku.hehe.nk harapkan adik beradik?SAY SORRY la.adik beradik pun xserapat ni.btoi,aku xtipu.ni lah realiti hidup aku.sbb tu aku rasa bersyukur sngt2 dpt kenal kaksu..hmm,dah kusut la idea nk tulis apa.smalam kaksu bwk aku kluaq mkn dgn family dia kat RESTORAN SEAFOOD NELAYAN TAMAN TASIK TITIWANGSA.makanan dia bleh la tahan sedap.hehe.berbuka posa kat sana.orang ramai gila kat situ.pack.fuhh.sbnaqnya aku segan jgk dgn suami kaksu n anak2 dia,tp alhamdulillah semalam,aku rasa mcm dah boleh singkir rasa segan tu,bleh kata rancak jugak la aku smbang dgn suami kaksu,baba zie.hehe.baba zie ni pun baik mcm kaksu,cuma dia mcm pendiam sikit,tp bila dh bersembang,aku dah xrasa segan dah dgn dia.insyaallah.kaksu,trima kasih atas segala kasih syg yg kaksu bagi kat naqib slama ni.sesungguhnya,hanya allah yg dpt balas jasa kaksu terhadap naqib n adik2.naqib bersyukur dpt kenal kaksu.sngt2 bersyukur.alhamdulillah..nqb berdoa dan berharap agar hubungan silaturrahim ni berkekalan shingga ke akhir hayat.biarlah apa persepsi org terhadap hubungan kita,kerana cuma kita ja yg mengerti titik2 perjalanan perkenalan kita selama ni..THANKS FOR EVERYTHING KAKSU!for the rest of my life..eternally (:

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart



Saturday, 13 August 2011

besarnya pengorbanan seorang ibu dan abah..

assalamualaikum.dah lama jgk xupdate blog ni.sbnaqnya xtau nk tulis apa.tp pagi ni,tiba2 bila asyik melayan facebook,terbaca satu artikel kat news feed ni.ya-allah,xsangka,hati aku ni cepat btoi tersentuh dgn benda2 mcm ni.mgkin sbb bila baca artikel ni,aku teringat dekat satu2nya adik pompuan aku,NASUHA QISTINA.seolah2 artikel ni mendalam sngt maksudnya.aku terkenangkan penderitaan yg adikku tanggung selama 9tahun ni,yg mana bila dia disahkan menghidap penyakit SLE(systemic lupus eurythomatosus)satu pnyakit kronik yang sehingga kini xdak ubatnya lagi,hanya mampu bertahan dgn steroid,dan lebih menyedihkan lagi,penderitaan ni akan adik aku tanggung sepanjang hayat beliau.sesungguhnya aku xpernah henti2 berdoa agar adik aku sembuh,agar tidak lagi aku melihat hidupnya dipenuhi kisah sedih.xmau tulis bnyk2,nnti aku xhenti2 teriak pulak nnti.renungkan2 artikel ni yg aku copy dari iluvislam.com..


"Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya.."


alt
Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Wednesday, 10 August 2011

terim kasih ibu ku sayang!

Wahai anakku Amirul Naqib, tabahkanlah hatimu, kuatkan semangat dan teguhkan iman. Ibu amat memahami setiap kekecewaan yang kau lalui. Tapi apakan daya ibu tak terdaya  nak membantumu, hanya iringan doa yang tiada penghujungnya.  Setiap perjalanan yang kita tempuhi tidak semestinya kita temui sesuatu yang amat sempurna, tidak semua impian yang kita inginkan akan dapat dikecapi dengan sewenangnya. Kemungkinan kita akan tempuhi jalan yang berliku, onak yang berduri yang tidak tahu bila kita akan dipertemukan dengan destinasi yang nak dituju. Segala yang kita usaha dengan bertungkus- lumus tidak semestinya akan berakhir dengan kejayaan. Fahamilah anakku Amirul Naqib, lahirnya dirimu di dunia ini telah tertulis hakikat kehidupan yang akan kau lalui.  Yang pasti setiap kelahiran dihadapi setiap ibu di dunia ini dengan berbagai-bagai dugaan ada yang begitu mudah ketika bersalin tetapi berakhir dengan keperitan hidup tak kurang yang menghadapi kesukaran tatkala nak melahirkan seorang zuriat tetapi diakhiri dengan kesenangan hidup. Jadi doa ibu agar dirimu tabah menghadapi setiap dugaan yang kau tempuhi, sesungguhnya itu adalah permulaan hidupmu dalam  menempuh alam dewasa. Allah s.w.t ada disamping kita dan ingatlah sesungguhnya kita adalah insan yang bertuah kerana terpilih di dalam menempuh setiap ujian dan dugaan walaupun berat bagi kita untuk memikulnya dan adakalanya kita terasa tak tertahan untuk menanggungnya.

Anakku Amirul Naqib,

Selagi kita bernafas kita tak akan lari dari dibelenggu bebanan masalah cuma yang dapat kita lakukan hanyalah sabar dan tabah dan terus tabah dan kuatkan diri menghadapi saat-saat itu. Sesungguhnya ada cahaya akan menerangi dan sedang menunggu di depan sana. Apa yang kau lalui sekarang bukanlah satu kegagalan tetapi permulaan dalam hidupmu dan kau harus sedar dari mimpi ngeri dan bangkit semula dan teruskan perjuanganmu dengan lebih bersemangat.  Wahai anakku, sesungguhnya jalan yang kau lalui mempunyai dua persimpangan dan kau yang harus bijak memilih jalan mana yang patut kau lalui. Satu jalan penuh onak dan ranjau berduri tetapi akan berakhir dengan kejayaan dan satu jalan yang lurus dan mudah tetapi akan berakhir dengan kekecewaan...kau pilihlah jalan mana yang terfikir dihatimu...adakah kau ingin ikut jalan yang mudah itu???

Anakku Amirul Naqib,

Sesungguhnya ibu tidak mahu melihat dirimu dan adik-adik mengalami hidup sepertimana ibu dan abah tempuhi sekarang. Mungkin anak-anak ibu tidak akan menjadi sekuat ibu didalam menangani setiap masalah, ujian dan dugaan yang telah ibu hadapi sekian lama ini, Ibu pun merasa amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana menjadi insan yang terpilih di dalam menghadapi ujian yang amat berat ini, mungkin ada hikmah disebaliknya. Cuma bagi diri ibu, ibu kena teruskan kehidupan ini dengan penuh tabah, kuatkan semangat dan terus setia menanti saat-saat indah yang akan merubah nasib kita...insyaallah...insyaallah ada jalannya. Sama-samalah kita berdoa menanti saat itu walaupun hakikatnya PENANTIAN ITU SATU SEKSAAN

Tuesday, 9 August 2011

kecewa dan kecewa berterusan yg tiada penghujungnya ):


BUKU2 NI LAH YG SELALU N ALWAYS BUAT HATI AKU BERKECAMUK ):



PHYSICS failed,MATHS failed,ARAB failed.apa lagi yg nk failed ni?dah xlarat nk sedih dah,benci gila dgn perasaan ni.awat aku bodoh sngt ni?bengap tahap infinity.apa guna gelaran bekas pelajar mrsm yg dulu?shit la!aku benci dgn diri aku!rasa mcm dah xmau blajaq,boleh dak?awat hidup aku betoi2 diuji dgn ujian yg terlalu berat utk aku tanggung macam ni?aku dah xlarat nk tanggung dah ni.dah nyawa2 ikan dah ni.ish,bodohnya aku!hidup ni mmg penuh cabaran,tp awat cabaran utk aku ni aku rasakan terlalu berat,shingga aku btoi2 dah xtermampu nk tnggung dah smua ni.FAILED!FAILED!FAILED!mungkin smua ni dah ditakdirkan oleh allah s.w.t dalam diari hidup aku,bermain berkejar2kejaran dgn perkataan FAILED.episod episod hidup yang aku sendiri xtau apa kesudahannya. dan aku sndiri tertanya-tanya, apakah selepas ini? kadang-kadang, apa yang aku pinta tak sama dengan apa yang aku dapat. dan apa yang aku janji aku takkan buat, aku buat jgk. dan tanpa sedar, semua tu hadir tanpa aku pinta. dalam keadaan tidak sedia, aku terpaksa hadapinya. bukan mudah. senang untuk aku kata semua nya pasti ada hikmah. ya. bukan aku menentang. tidak aku nafikan. dan untuk membuat diri aku sendiri percaya, aku tercari2 bukti apakah untuk meyakinkan diri aku sendiri apakah hikmah nya... mungkin setelah lama baru hikmah yang tercari aku jumpa. dan sebelum itu, semua jerih dan payah yg aku telah lalui. dan aku harap,dan berdoa smoga semua yang dihadapi itu mmberi 1001 manfaat. hai hati... bergembiralah dengan segala ketentuanNya.. aku hadir kerana rahmatNya, bersyukurlah hai insan. aku lahir juga atas ehsanNya.. tak mampu aku lawan ketentuan ilahi. cuma hai insan kecil.. didiklah hatimu. agar lebih cekal.. menentang semua perasaan dan pesimis yang melanda. Allah!


wahai hati... kentallah...
"tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"

(surah al baqarah ayat 216)

Monday, 8 August 2011

sedikit perkongsian di bulan ramadhan dari brother MAHER ZAIN (:

THANK YOU MY BELOVED BROTHER!


LESSON 1
Everything should begin with the praise of ALLAH s.w.t-Lords of the world(Surah Al-Fatihah Verses 1).Praising Him reminds us that we are in need of His mercy,blessings,guidance and support.
LESSON 2
Life is an unpredictable journey.Happiness and sadness go hand in hand.When we face difficulties and hardship in our life,the Quran advise us that PATIENCE(sabar) and PRAYER(solat) will surely help us(Surah Al-Baqarah V.45)
LESSON 3
Our religion is one of ease.It is we who make it difficult.Do we not listen to the Qu'ran telling us "God wishes ease for you,not hardship(Surah Al-Baqarah V.185)

Saturday, 6 August 2011

after a week of ramadhan..


alhamdulillah..dah genap seminggu umat islam seluruh dunia menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan yg mulia dan penuh barakah ini.bersyukur kepada allah s.w.t sbb kita masih diberi peluang utk bernafas pada tahun ni dan dpt sambut kedatangan ramadhan ni.sorilah aku xdpt update blog ni,sbb minggu pertama ramadhan ni pun dah rasa bahang kepenatannya.kelas seminggu ni cukup menyeksakan ,ingtkan lecture dipendekkan masanya,tp hampeh,smuanya berjalan mcm biasa.sepanjang mnggu ni jugak aku rasa xpernah aku tidoq sebelum kul 2 pagi,mmg teramatlah penat.kerja bnyk as usual,pukul 4.30 pagi dah kena bgun sahur..mulanya ingt nk rehatkan diri hari sabtu n ahad ni,tp aku antara insan bertuah yg terpilih utk sertai program leadership n management kat uia ni.hmm,frustnya hati aku,baru nk relaks dah terpaksa join program ni.dah la mggu ni lagi sekali lagi aku kecewa dgn result aku,aku FAILED MATHEMATICS.oh,sedihnya hati ni.hampir smua isi blog aku ni bnyk aku titipkan pasai subjek maths n physics ni,sbb serius aku dah xdpt tahanlah.AKU BENCI MATHEMATICS,AKU BENCI PHYSICS,tolonglah,berambus dari hidup aku ni..ya-allah,betapa aku diduga skali lagi,sbgaimana keadaan aku waktu kat mrsm taiping dulu,asyik2 muka aku ja failed addmath,now the same conditon happen once again.and everytime dpt result,aku rasa aku lah org yg paling sedih n paling BODOH skali kat dunia ni.hmm,xtau lah apa nk jadi.aku harap sngtlah permohonan aku nk tukaq course nti diluluskan,kalau x,aku xtau la apa nk jadi dgn aku..aku cuma berharap doa2 aku di bulan ramadhan ni diperkenankan oleh allah s.w.t..insyaallah..bnyk org kata,mgkin sbb aku dah set mind aku,aku benci subjek ni sbb tu aku xdpt carry on.tp sesungguhnya cuma aku ja yang MENGENALI diri aku,aku tau dari sejak azali lagi apa kelemahan diri aku,so tolonglah,jgn memperkatakan sesuatu yg boleh melemahkan lagi semangat aku yg sememangnya dah lemah ni,aku ja yg tau yg betapa bengapnya aku dalam subjek ni dari dulu lagi,so aku nk tukaq course ka apa,that is my final decision,aku xkan berpatah balik dah.honestly,aku dah mula sygkan classmate aku kat uia ni.serius.aku dah mula rasa tautan silaturrahim antara kami dah makin kukuh.aku berat hati jugak nk tgglkan depa,tp nk wat cmna,life must go on.wlau dimana pun aku,aku ni bukan jenis lupa kwn,insyaallah.now onwards,i have to think about my future.itu lagi penting..hmm,itu ja kot aku nk ckp kali ni,smoga bulan ramadhan ni akan mengajar aku erti kesabaran dan tidak berputus asa memohon kepada-NYA.insyaallah (;